Wednesday, 12 September 2012

C I N T A



"if you are trying to find a love...be that lover that others want to find"

aku yakin bahawa setiapnya kita buat sesuatu dalam hidup demi cinta. untuk seseorang atau sesuatu yang kita sayang. yang kita takkan tinggalkan. sesuatu yang kita perjuangkan meski contribution dalam hidup kita sedikit cuma.

itulah C I N T A

Tuesday, 11 September 2012

chapter #1: worklife

3 months. never thought that time flies so fast nowadays. and here I am, still adapting and living. for now.

K N O W L E D G E
walau dah berkerja pun kau mesti punya KNOWLEDGE. knowledge ni bukan hanya benda yang kau perah otak siang malam study macam nak rak semata-mata nak capai target 4 rata. ilmu ni bukan terhad pada apa yang kau belajar 3-4 tahun kat U tu sambil berpakwe sakan (oh. itu sungguh multitasking). dan tak semestinya ilmu yang kau dapat tu sepenuhnya boleh dipakai dalam dunia serba kapitalis ni. percayalah. ilmu yang kau usaha sepenuh jiwa raga tu mungkin boleh buat kau survive, tapi tak menjanjikan berapa lama kau mampu bertahan.

what matters when you come to the real working world is common sense.
as simple as that.

oh. dan sedikit kebijaksanaan berkerja.

bila kita berkerja ni, kita akan deal dengan banyak orang. sama ada from the same department atau different department, bergantung kepada position kau dalam organisasi tu. dan dalam banyak-banyak keadaan tu, ilmu-ilmu yang kau hadap 3-4 tahun tu boleh dipakai kurang 10% je.

*sigh*

sebab kita deal dengan manusia. bukan robot.

manusia ni banyak karenah. banyak perbezaan. sampai kadang-kadang rasa give up sebab benda-benda macam ni akan bantutkan apa yang kita perjuangkan hari-hari. dan bila terlalu acapkali kita rasa, ikhlas tu berganti dengan keterpaksaan. kan tak best tu?

kadang-kadang kita akan stumble on work policy yang tak masuk akal. standard operation procedures yang entah apa-apa yang terkadang lebih menyusahkan dari menyenangkan. dan with absence of knowledge on that, kau akan mudah di-taichi ke mana-mana. you will be bounced around pointlessly. dan kau akan rasa macam bola diterajang ke sana sini ikut suka hati.

trust me, it feels like a deepshit.

and this is where common sense play its role. and a lot of thinking process as well.

pertama sekali, kau kena faham apa yang kau buat. fokus dengan apa yang kau nak capai. comprehend everything before you start dealing with people. make sure that you've done your part before handling over things. this will reduce the tendency of being tai-chi. kalau tak, kau akan rasa hopeless. and useless.

once you've mastered your own thing and you managed to go through those rough pavements, then respect is earned.

nampak tak permainannya di situ?

well, paling penting kau kena tanya diri sendiri dulu. untuk apa dan siapa kau berkerja. then only you managed to find the best way to deliver.

here's random pictures of today. tak banyak. ni pun aku tangkap curi-curi. tapi kantoi.

  1. struggling with new things everyday. sometimes okay tapi most of the time rasa macam nak tender surat resign je. *sigh*
  2. a book where all the scribbles lies. i jot almost everything here. next year patut demand a fancy organizer. baru semangat nak kerja. amboi.
  3. eye candies. no matter how much disastrous day I had and sometimes I feel that life is unfair, this corner never fail to bring my sanity back. Mein schatz, ich liebe dich.
Oh. it's Tuesday. how i wish Friday comes fast.

Monday, 10 September 2012

a sweet comeback. maybe?

post yang pertama dari seorang bekas blogger.

yes. it has been a while since my last writing.
jujurnya aku gementar. banyak yang tersimpan dalam setiap kelopak jantung untuk aku curah. banyak yang aku tahan dan simpan. lama. terlalu lama. dan sebenarnya meluah segala rasa bukan mudah seperti dulu.

*sigh*
menulis satu perenggan saja sudah buat aku lelah. inikan pula menghikayat cerita.

sebab sekarang sudah banyak yang berubah. kehidupan aku terutamanya.
dan aku rasa aku berhak menjadi lebih protective. yang akan dikongsi mungkin hanya cerita-cerita picisan. mungkin sekadar luahan. mungkin.

semuanya sebab kehidupan aku bukan milik aku lagi. kehidupan aku berkongsi.

harusnya kemunculan semula blog ini aku kreditkan buat fifi aswana. inspirasi memungkinkan aku kembali. entah. kadang-kadang kita tak perlukan sesuatu yang besar untuk terus hidup kan?

buat fifi
terima kasih.