Tahun yang aku kira gelombang paling besar dalam hidup selepas 2009. Well, there's moments that I cherished for life tapi di sini aku nak sembang tentang realiti.
Sebab terlalu banyak dari kita ni sangat tak realistik.
Banyak keputusan yang besar aku buat tahun ini. Ada yang masih bersaki-baki rasa menyesal, dan ada yang aku rasa nak berterima kasih pada Tuhan sampai melecet kepala lutut sebab gerakkan aku untuk buat keputusan tu. Aku yakin Tuhan beri aku jalan keluar, dalam petunjuk paling halus.
Things that had placed me at the lowest part of my life had woke me up, to see things in clarity.
Kadang-kadang dalam hidup ni kau perlu orang-orang celaka supaya kau boleh nampak, benda-benda yang selama ini kau terima permukaanya je, yang selalu buat kau sentiasa positif, it is not really as it seen. You'll experience pain, betrayal and agony and you'll surprised that all these could magnified and explained a lot of things. Fasa pertama selalunya kau akan bertahan, tetapi akhirnya kau akan berdepan dengan satu keadaan yang meletakkan perjuangan kau sia-sia, maka lepaskanlah. It doesn't worth a single penny. Let them taste the victory. Sometimes, we don't deserved to be part of the game.We are human, we are imperfect.
Tuhan telah bentangkan dalam hidup aku ketika itu, dua perkara yang harus aku pilih.
Dalam pilihan itu, Tuhan selitkan aku sesuatu yang aku sanggup mati kerananya.
A baby in my womb, whom now growing blissfully and reflecting my better half than mine.
What more could I asked?
Kau kena percaya Qada' dan Qadar Tuhan. Selalu.
Aku dah puas telan segalanya. Pahit payau itu sudah sebati.. Biarlah yang manis-manis sahaja untuk tahun yang mendatang. Aku cuma mahu hidup yang simple dengan keluarga kecil ini, jauh dari hasad dengki manusia dan fitnah dunia dan aku percaya, aku ada Tuhan untuk melindungi kami.
Aku percaya Tuhan melihat aku sentiasa. Membaca hati aku sentiasa. Mendengar aku sentiasa.
Aku percaya segala celaka dan momen bahagia ada sebab, dan biarlah jadi rahsia manis antara aku dengan Tuhanku.
Sekarang Tuhan bentangkan pilihan lain. Dan kali ini aku terima dengan berlapang dada. Perlahan-lahan hati aku jinak untuk menerima. Tuhan sayang.
Biarlah senyuman manis ini kekal sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment